Baru ni ambil cuti dua minggu kerana geram tahun 2008 tak sempat nak ambil cuti. Kata cc lepas semak kat bahagian rekod cuti 35 hari burn . Macam ni la kerja polis cuti diberi banyak tapi tak boleh nak ambil, ada saja kerja menanti setiap hari. Tak kisah la asalkan hati seronok nak kerja.
Kebetulan pula masa cuti ni anak yang bongsu Che Ahmad Syahir nak masuk darjah satu dapat la jalankan tanggungjawab sebagai bapa. Seronok betul kerana anak ni bersemangat betul nak kesekolah.
Masa saya dulu tiga minggu darjah satu arwah Pakcik terpaksa tunggu tepi kelas kalau tak saya pun ikut balik. Yang saya tak dapat lupa hingga sekarang ialah kisah saya panjat tingkap dan lari dengan dikejar oleh cik gu dan beberapa orang murid hampir setengah kilometer. Selepas kejadian itu saya dapat pengajaran pertama dari arwah pakcik Harun yang berjaya mengubah minda saya. Terima kasih Pak cik Harun yang berjaya menjadikan aku seorang manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Che Azmi, hang ingat lagi ka aku, Ahmad Md Saman kelas mate tingaktan 3 A 1973 di SMJ dulu. Lepas jumpa hang kat balai Tampin, terus hilang. Ingat lagi Kak Ja ? dia nak buat kenduri menikah anak dia pada 7 hb Jun 2006 dan nak buat reunion sekali. Aku dah dapat kontek Hashim Ismail. Mohd Tamin Shaari dan Norhayati Daud. Dengar cerita ramai akau ambik cuti khas nak pi kenduri tu. kontek aku di 0193224895 atau crv5161@streamyx.com atau di blog aku ibnusaman aljalawi.
ReplyDelete