Friday, February 13, 2009

Gemas 1990

Pada 9 April 1990 saya dan keluarga berpindah dari Tampin ke Gemas. Ketika itu isteri saya sedang sarat mengandung anak keempat, nasib baiklah ramai anak buah khasnya dari cawangan Anti Dadah datang membantu. Mereka juga telah mengikut saya hingga keGemas membantu mengangkat barang pindah.

Sebagai Inspektor Kawasan saya diperuntukan rumah ditingkat atas bangunan balai polis Gemas. Keluasan rumah yang mempunyai 4 bilik tidur sesuai dengan keluarga saya yang kecil. Mudah untuk saya kepejabat , hanya turun tangga terus masuk pejabat. Beberapa minggu selepas saya melapur diri di Gemas KPD Tuan Ali bersama isteri Puan Fauziah telah berkunjung kerumah saya untuk melawat isteri saya yang baru bersalin anak ke empat.

Tugas sebagai Inspektor Kawasan amat mencabar. Saya bertanggung jawab keatas urusan pentadbiran Balai Polis Gemas yang diketuai OCS Sjn Yap Eng Kee , Balai Polis Gemencheh diketuai oleh Sjn Mansor , Balai Polis Air Kuning diketuai Sjn Mohd Alwi dan Pondok-Pondok Polis yang terletak dikawasan Felda iaitu Pondok Polis Pasir Besar, Jelai, Bukit Rokan, Bukit Rokan Utara,Sg Kelamah , Bukit Jalor dan Pondok Polis Geduk yang terletak dikawasan Kg. Baru di Gemencheh.

Beberapa bulan saya bertugas di Gemas Tuan Ali telah dinaikkan kepangkat ke DSP dan bertukar ke Muar, Johor. Jawatannya diambil alih oleh ASP Law Hong Soon sebagai KPD Tampin yang baru. Apabila ASP Law Hong Soon bertukar ke Bukit Aman jawatan KPD Tampin telah dinaik taraf kepangkat Supritendan . Jawatan KPD disandang oleh oleh Supt Hj Hassan bin Abdul Rahman manakala bagi jawatan T/KPD pula dijawat oleh DSP Ibrahim Kassim.

Semasa bertugas di Gemas saya mengenali ramai kakitangan kerajaan dan swasta serta penduduk kampung kerana banyak berurusan semasa menjalankan tugas rasmi. Antara yang paling rapat dengan saya ialah ADO Majid , Pak Deris Pegawai Bomba, Pegawai Felda Keratong Sabtu, Ghazali dan Zulkifli Pegawai Ladang Tabung Haji , Adnan kerani dipejabat daerah kecil Gemas dan ramai lagi yang masih terpahat dalam ingatan saya termasuk Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Gemas Tuan Hj Basar yang sangat aktif dalam aktiviti keugamaan. Kami sering bekerjasama dalam penganjuran ceramah ugama kepada penduduk Gemas bersama-sama Ustaz Hj Tahir dari Felda Jelai.

Masa di Gemas juga saya berjinak-jinak dalam sukan Golf .Saya bersama Majid dan Adnan boleh dikatakan setiap petang lepas waktu pejabat akan bermain golf bersama. Sebenarnya saya belajar bermain golf pun daripada Majid dan Adnan. Golf set pertama yang diguna oleh saya jenama Mizuno dijual oleh Ghazali kepada saya dengan harga Rm 400 sahaja. Saya mendapat ramai kawan melalui sukan golf.

Pada tahun 1991 saya berpindah tinggal dirumah sewa di Taman Sentosa Gemas kerana rumah khas yang didiami diubah suai menjadi pejabat. Selepas itu pada tahun 1993 saya berpindah kerumah sendiri yang dibeli melalui pinjaman kerajaan di No 1201 Taman Sentosa, Gemas. Saya beli rumah tersebut dengan harga RM 57,000.00 sahaja.

Pada akhir tahun 1996 apabila jawatan Inspektor kawasan dimansuhkan saya telah mendapat arahan untuk bertukar ke Cawangan Kem Komandan Bukit Aman sebagai Pegawai Penyelenggaraan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.....teringat semasa duduk di berek polis Gemas tahun 1978 - 1983...selepas itu berpindah ke kem UKK Air Kuning Selatan 1983-1985. Arwah abah Sjn Supaat Hj Salim 24500 kemudian berpindah ke Balai Polis Dangi hingga pencen 1986. Balik ke Batu Pahat. Sebelum Balai Polis Gemas tinggal di IPD Tampin 1975 - 1977. So banyaklah kenangan di sana tu. Blog ini mengembalikan kenangan dan semangat saya .

    ReplyDelete
  2. Sjn Supaat? Inalillah hi wainna ilaihi ro jiun. Saya masih ingat dan boleh bayangkan rias wajahnya. Saya bertugas didaerah Tampin dari tahun 1981 hingga 1996 (17 tahun). Kalau jumpa tegur la saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete