Tuesday, February 24, 2009

Kem Kom 1996



Tarikh 2 Disember,1996 saya keBukit Aman untuk melapur diri. Anggota bertugas di pintu A masa kali pertama saya nak masuk ke Bukit Aman yang saya temui ialah Konst Pa Wan Che Abdul Rahim. Saya beritahu "Saya nak ke Cawangan Kem Komandan untuk lapur diri" Konst Pak Wan terus bagi saya pas pelawat dan bagi tau saya " Pejabat Kem Komandan diBangunan 33 tingkat, Tuan tukar pas dulu bila sampai diLobi".

Kereta yang saya bawa ditinggalkan di Parking DBKL Tasek Perdana , saya hanya berjalan kaki dengan membawa tongkat polis masuk ke Bukit Aman. Saya begitu kekok dan rasa serba tak kena bila masuk ke Pejabat Kem Komandan kerana ramai juga staff yang ada dipejabat masa itu. Saya dibawa berjumpa penolong Kem Komandan CI Suvinder Singh kerana masa itu Kem Komandan Supt Krishnan C sedang mesyuarat. Saya juga diperkenalkan dengan Insp Syed Mahadir seorang pegawai Kem Komandan.

Selepas selesai mesyuarat Tuan Krishnan C telah membawa saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) SAC II Tuan Syed Abdul Rahman. Sebaik berada didalam biliknya Tuan Syed Abdul Rahman terus tanya saya " kamu bertugas dimana sebelum ni" saya jawab "sebelum ni saya bertugas di Gemas sebagai IK" Tuan Syed terus soal "kamu buat salah apa kena tukar sini" saya pantas menjawab " saya tak ada buat apa-apa salah tuan, yang saya difahamkan jawatan Ik dimansuhkan. Memandangkan OCS balai Gemas hanya bertaraf Sm maka saya ditukarkan" Tuan Syed Abd Rahman terus berkata " kalau macam tu tak apa , kamu buat kerja baik-baik. Kamu ada apa-apa masaalah duduk di Kl, kamu tinggal dimana?" . Saya terus jawab " Saya tinggal di Tmn Batu Muda, Batu Caves , rumah keluarga saya " Tuan Syed terus berkata " Kita punya rumah kerajaan banyak kosong di Desa Baiduri, kamu boleh duduk disana". Saya hanya mendiamkan diri dan mengangguk. Pertemuan dengan Tuan Syed Abdul Rahman berlangsung selama hampir 30 minit banyak panduan dan nasihat diberikan kepada saya.

Selepas pertemuan pertama dengan Tuan Syed Abdul Rahman bermula lah tugas saya sebagai pegawai penyelenggaraan Kem Komandan. Saya bertanggung jawab kepada Unit perumahan, penyeliaan bangunan , Unit Buruh dan Cawangan Letrik serta Mekanikal .

Mengenali Staf pentadbiran pejabat Kem Komandan kali pertama amat menyeronokkan. Antara yang saya masih ingat ialah CC Kak Jah , kerani rekod Fazilah dan Devi, kerani pendaftaran Kak Nor dan jurutaip Anisah serta dibantu oleh Kpl. Napisah, Konst. Fauziah dan Konst Rozimah. Ketua Polis Balai Sjn Yaakob dibantu oleh Oderli Sjn Kpl. Yahya Shahab. Penyelia Kebajikan dan Tatatertib SI Ismail Ghani .

No comments:

Post a Comment